Monday, March 17, 2014

universiti kehidupan :)


tadi sembang dengan usop kat kantin..tanya soalan macam yang biasa ak tanya..sihat..meniaga ok x..tapi tadi dia nampak makin kurus..enta mayb dia sorok2 dari aku..then aku tanya kerja kat pasar ankat barang lagi x..then dia ckp da x kerja..xlarat katanya..then teringat cerita masa ak tolong org lori angkat simen anta pg kantin..damit..berat do..50kg..aku abis perah da tenaga nak angkat simen tu..then abg lori tu kurus je..besar ak je..rendah sikit..dia angkat relex je..aku ni da macam ape da angkat..heh..ngan angkat tile lagi..dia da abis sempoi je..aku pun cite la kat usup cane org 2 leh angkat eh..then dia bagi satu phrase kat aku td

'kalau angkat dengan hati ikhlas, setakat 50kg senang senang je'

da terus cerita lagi..dia cakap org yang angkat 2 ikhlas kerja..sebab itu mmg kerja dia..so dia ikhlas buat..sebab tu mudah..allah tolong...xpernah merungut dengan nasib depa..usop pun jual roti canai je..sale yg dia dapat hari2 dia x pernah merungut..happy je..serious dia sangat tenang..da lama dia kat kantin dengan kitaorg..dekat 5 tahun..sepanjang masa gelak je..tapi sebab dia ikhlas allah tolong..kalau p uma dia siyes perkakas rumah sebijik macam org melayu..der home theater..water heater ngan aircond..dia cakap ader satu ayat ni dulu..'ak din mmg org miskin,tapi semua yang org ada ak pernah ader.'siyes dia ader keta dulu..tapi jual sbb dia sakit..then ader jaguh ngan neuvo..skrg pakai ex5..pelarian unhcr je pun..boleh survive macam 2 kat negara kita..anak 3 org skola international school..tuhan permudah kan..semua dia buat nampak macam senang..ermm tapi tu la..so dia cakap hati ni sentaiasa kena ikhlas..ak cakap jugak aku x le tengok org susah..mesti ak jadi sedih..tah ape2 oh ak ni..dia cakap macam ni je..'nasib org tu mmg da tertulis macam tu..kita boleh kesian je..tapi kalau x da org yang kerja susah2 tu sape nak angkat simen dia cakap..hehe..ye la suma org sibuk depan komputer jual saham..last2 org buat komputer pun x da..ermm so ader satu je ak nak simpulkan kat sini..ak sangat sanjung org2 biasa tapi hati diaorg luarbiasa..dari org yang luarbiasa tapi hati depa biasa2 ja..so faham2kan lah k..

sedih sebab 28th nov dia nak pg state dah..sbb dapat green card kat sana..ermm doakan dia berjaya k..thanks cikgu..walaupun kau org biasa2 ja..


tale-ada seorang prof dengan memandu bot masuk kedalam hutan utk mengaji spesis baru dalam hutan amazon,then prof tu tanya pemandu bot tu..

'awk pandai membaca?

pemandu tu jawab dia x pandai..prof tu cakap

'awak dah kehilangan separuh dari hidup awak'

then dia tanya lagi

'awak ada wang simpanan?'

pemandu bot tu jawab

'xda..sebab duit yang dia dapat cukup2 makan je untuk menampung keluarga'

prof pun cakap lagi

'awak dah kehilangan separuh lagi hidup awak'

then tiba2 bot tu bocor..air masuk dalam bot..lama2 bot tu pun nak tenggelam..life jacket pun xda..then pemandu bot tanya kat prof tu

'prof tahu berenang tak?'

prof tu jawab dia x tahu..then pemandu bot tu geleng kepala ja..then dia cakap kat prof tu

'sekarang prof akan kehilangan seluruh hidup prof.'

thanks universiti kehidupan..kadang2 hidup ni nak belajar x perlu bukak buku sebab bukan semua ilmu tu boleh kita belajar dengan membaca ja kan..segulung ijazah xkan bantu kita kalau kereta xjalan satu silinder..segulung ijazah xle tolong kita kalau kita stuck dalam lif..segulung ijazah pun xle bantu kita kalau mak mertua suruh masak pengat durian (credit puan azlin)hahaha

sori harini serious sikit..

kerja banyak..hehehe..esok kita bergelak ketawa ok..heh..selamat semua..rush nak siapkan asgment

hahaa

2 comments:

selak-selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...