Tuesday, July 12, 2011

perlumbaan- 'awak' dan 'dia'



'awak' dan 'dia' dalam satu perlumbaan 100 meter..


'awak' dan 'dia' berlumba di garis yang sama..
garisan yang sama tetapi 'kekuatan yang berbeza'..
'awak' seorang tempang..
tetapi 'dia' sihat sempurna..

tetapi mujur..

mujur lah ada sesororang membantu memberikan tongkat..
beri 'si baik hati'..

dari 'si baik hati'..
supaya 'awak' mampu berlari sempurna bersama dia..
supaya mampu 'awak' menyaingi 'dia'

tapi sayang..

'awak' sombong diri..
'awak' takbur hati..
'awak' rasa awak mampu bersaing dengan 'dia'..
'dia' yang sempurna..

sanggup 'awak'..

'awak' sanggup mencampakkan tongkat yang di berikan oleh orang baik hati..
'awak sanggup campak dan hina orang yang berbesar hati untuk membantu awak..
sekurang-kurangnya tongkat tersebut dapat membantu..

membantu 'awak' bersaing dengan 'dia'..
'dia' si sihat sempurna..

nasihat tunjuk ajar di beri 'si baik hati'..
ada sahaja alasan serta dolak dalik 'awak' menafi..
dasar sombong diri..


************************



perlumbaan pun bermula..

'awak' gagahkan diri memulakan langkah..
diusahakan juga segala kudrat..
segala keringat..
untuk bersaing dengan 'dia'..
si sempurna..

sepuluh meter berakhir..

'awak' sudah mula merasa kepenatan..
'awak' sudah mula goyah..
kaki semakin lemah loglai..
bertahan tanpa tongkat di tangan..
masih jauh detik hati..
baru sepuluh meter berlalu..
masih ada 90 meter sebelum penamat..

tapi 'dia'..

belum setitik peluh pun mengalir..
aaahhh mudah..
detik hati si 'dia'..
'aku sempurna..dia tempang'
bukan tandingan..

lima puluh meter berakhir..

'awak' semakin lemah..
sudah tidak berdaya lagi melangkah..
lemah longlai..

lesu membatu..
melihat 'dia' jauh di hadapan..
si 'dia' mendahului..

kemudian baru lah terdetik di hati..

'awak' mula merasa menyesal..
'awak' menyesal..
'awak' menyesal membuang tongkat pemberian 'si baik hati'..
'awak' menyesal..
'awak' menyesal tidak mendengar nasihat 'si baik hati'..

sorakan bergema..

jelas 'dia' memenangi perlumbaan..
gegak gempita di rai..
segala pelusuk memerhati..

'dia' menang..

'dia' sudah juara..

dan 'awak'..

masih belum separuh perlumbaan..
masih di tengah-tengah balapan..
menyesali diri..
mahu turut menghabiskan perlumbaan pun belum tentu mampu..
'awak' tempang..

acara penyampaian hadiah pun bermula..

dari sudut yang jauh..
terkebil-kebil anak mata ..
'awak' hanya mampu memandang..
'dia' sudah juara..

'awak' sudah kalah..


tiada guna lagi penyesalan..
semuanya sudah berakhir..
benar kata pepatah..
ibarat nasi sudah menjadi bubur..
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna nya..



*************************



yang hanya tinggal..

kenangan manis si baik hati..
menasihati..
tunjuk ajar meniti..

belas kasihan di beri..

juang lah 'kamu' sendiri..
juang lah sendiri..
jangan di harapkan lagi 'si baik hati' ini..

pesan 'si baik hati' sebelum pergi..

'si baik hati' sudah pergi..
'si baik hati' yang lara diri..
'si baik hati' yang pergi sendiri..
'si baik hati' membawa diri..




lalu tinggal lah 'awak' sendiri..


atas segalanya sendiri..


menunggu tiba hari pergi..


hanya seorang diri..

No comments:

Post a Comment

selak-selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...