Friday, July 08, 2011

Monumen yang hilang..sob sob



Kuala Lumpur : 5 orang pelajar nyaris maut dihempap runtuhan pondok sekolah yang di langgar secara tiba-tiba oleh sebuah lori katering. Perkara ini berlaku adalah kerana salah faham antara pemandu lori dan pengawal keselamatan sokolah tersebut yang culas dalam memberi arahan untuk lori tersebut memakir kederaan tersebut.

Di sebabkan runtuhan kuat dari arah belakang lori tersebut, pondok yang biasanya menjadi tempat berteduh pelajar dan guru-guru wanita sebelum kedatangan suami masing-masing datang menjemput mereka,kini rebah menyembah bumi. Perkara ini sangat membebankan guru-guru tersebut sekiranya musim tengkujuh melanda.

Seorang saksi yang mendakwa dirinya hampir terbunuh akibat daripada runtuhan tersebut tampil memberikan keluhan kepada wartawan yang bertugas.

"Betul bang...saya td nyaris maut..masa tu saya tengah ponteng kelas..then saya ngah seronok berbual tak perasan pulak lori tu undur-undur sampai nak langgar pondok port saya selalu lepak ni..siot je driver tu..nak bunuh saya tanpa niat..huuu..saya x kawin lagi bang..xda orang nak doakan saya nanti..mandi wajib pun belum..sob sob sob.." kata Rajintharan a/l Rajintaram yang kurang rajin ke kelas.

Mangsa seterus nya seorang guru mendakwa dirinya nyaris kehilangan kaki kirinya gara-gara keadaan kelam kabut menyelamatkan diri akibat dari runtuhan tersebut.

"Betul dik..akak ni mmg la cikgu tapi kdg2 suka gak ponteng2 ngajar ni..huuuu..tapi tah macam mana tuhan nak uji akak kot hari tu..perghhhh..nasib baik lagi..kalau x mesti kat hospital dah ni adik temu bual akak..hahaha..xpe la..pasni akak janji x ponteng ngaja lagi..wallahualam.."nama guru ni terpaksa dirahsiakan kerana bimbang profesion keguruan nya tercemar.







Akibat daripada kejadian ini, para pelajar dan guru-guru sebulat suara 'ibarat bulat air kerana pembentung,bulat masyarakat kerana muafakat" menyalahkan pengawal keselamatan sekolah tersebut akibat kejadian yang menyayat hati ini..

Kini kita bersama dengan pengawal keselamatan sekolah tersebut untuk mengetahui tentang perkara ini dengan lebih lanjut.

"Aku menyuruhkan lori, membontotkan diriknya untuk memasukkan lorinya kedalam tempat parking kan..tapi itu lancau punya melayu menerimai salahkan arahan aku hadoi..lepas tu lori tu kasi hantam itu pondok kasi jatuh @#$%^%

Ulas Encik Chong dengan nada marah lu langsi lu mati dan agak perkauman sambil memakan buah berangan yang dibeli di petaling street kelmarin.

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menghantar sepasukan unit anjing K9 bawah didikan dan tunjuk ajar profesional Encik Cesar Milan, untuk mengesan unsur khianat atau jenayah membawa padah..SPRM turut di panggil untuk menyaisat sama ada terdapat unsur rasuah atau lebih dikenali sebagai duit kopi dari pihak kontraktor semasa pondok itu dibina 15 tahun dahulu.

Pemandu lori tersebut masih lagi di buru oleh pihak berkuasa kerana beliau enggan memberi kerjasama sewaktu siasatan di jalankan. Berikutan daripada perkara tersebut pihak polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap pemandu lori tersebut. Ganjaran juga akan di berikan berupa pakej percutian ke Pulau Pangkor Disember hadapan. Sekian sahaja dari saya Karam Di Lautan Dalam.






p/s:neway nasib xhempap keta aku..dah la ak selalu letak kereta situ..huuu..

1 comment:

selak-selak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...